KOTA BHARU, 10 JULAI 2023 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah melaksanakan Bengkel Penyeliaan Berkesan Ke Atas Pertubuhan Belia Tahun 2023 pada 5-7 Julai 2023 bertempat di Heritage Hotel, Cameron Highland Pahang. Bengkel ini telah melibatkan Pegawai Cawangan Pembangunan Belia (Sosial) dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah bagi mewakili setiap Negeri.
Bengkel ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Pegawai Belia dan Sukan dalam tugas kawal selia pertubuhan belia yang secara tidak langsung dapat mengoptimumkan potensi pertubuhan belia di peringkat akar umbi dalam menyumbang kepada agenda pembangunan Negara. Selain itu bengkel ini juga dapat meningkatkan pengetahuan Pegawai Belia dan Sukan berkenaan Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia sebagaimana Akta 668 serta bagi memberi kefahaman yang jelas berkaitan pindaah Akta 668 serta kesediaan terhadap perubahan kepimpinan serta undang-undang sesebuah pertubuhan belia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Timbalan Pendaftar, Pejabat Pertubuhan Belia. Turut hadir YBrs. Encik Mu’azamir bin Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Manakala Jabatan Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diwakili oleh Puan Nor Farhana binti Che Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sosial dan Puan Siti Hassiah binti Hussin, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Pihak ROY mengharapkan hasil percambahan idea kearah penambahbaikkan sepanjang bengkel ini berlangsung dapat meningkatkan lagi pemahaman Pegawai Belia dan Sukan berkenaan landskap organisasi pertubuhan belia masa kini.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 178
