PASIR MAS, 25 JUN 2023 - Pelaksanaan Program Intervensi Sosial Daripada Belia Kepada Belia (Y2Y) telah menjadi pemangkin dan sebagai medium meningkatkan usaha kolaborasi antara agensi kerajaan dan NGO belia bagi mengurangkan keterlibatan belia di peringkat akar umbi dalam isu permasalahan sosial. Program Y2Y merupakan anjuran PBSD Pasir Mas dengan kerjasama SMK Baroh Pial dan Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin
Ustaz Muhammad Syakirin bin Ruslan seorang Pempengaruh Media Sosial di Tik Tok, Panel Jemputan TV Al-Hijrah telah dipilih untuk berkongsi dalam pemantapan sahsiah dan identiti diri kepada para belia di daerah Pasir Mas. Beliau juga merupakan Duta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ikon Program “I Am Warrior 2.0” anjuran Jabatan Kesihatan & Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Dalam sessi “From Zero to Hero” beliau berkongsi tentang Dadah, LBGT, “Pendaftaran anak luar nikah setiap 17 minit 17 saat; dan berharap adik-adik para belia agar tidak meninggalkan solat kerana 80% rakyat Malaysia tidak bersolat seperti yang dimaklumkan oleh Dr Fadilah Kamsah katanya ketika mengakhiri sesi perkongsian tersebut di hadapan 450 para pelajar dan guru di Sek. Men. Keb. Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan
Ustaz Muhammad Syakirin bin Ruslan berpesan agar golongan belia perlu membuat perancangan yang rapi untuk 10 tahun akan datang dan tidak terjebak dalam masalah gejala sosial yang agak mencabar kini. Kerana belia hari ini yang bakal mencorakkan pembangunan negara pada masa akan datang nanti.
Hadir sama, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, En. Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail.
Disediakan Oleh: Urusetia Media Dan Portal PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 277
