- JBS Kelantan
- Hits: 177
BELIA DAN BELIAWANIS DARI KELAB BELIA GENERASI PENGGERAK UMMAH TANAH MERAH GEGARKAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023
TANAH MERAH, 19 JUN 2023 – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2023 telah diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 16 Jun 2023–18 Jun 2023 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu Kelantan.
Bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2023 telah diadakan juga Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2023 di mana Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) ini merupakan satu pengiktarfan kepada individu dan juga pertubuhan yang mana menjadi tunjang dan nadi utama menggerak dan merekayasa belia dan persatuan belia di peringkat akar umbi.
Pada majlis tersebut, Saudara Muhammad Amir Fakri Bin Anuar telah dinobatkan sebagai Naib Johan bagi kategori individu lelaki dan Nur Jasmine Athirah bt Azhar juga telah dinobatkan Naib Johan bagi kategori individu wanita. Kedua–duanya adalah merupakan daripada Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah (GPU) diamana saudara Muhammad Amir Fakri bin Anuar merupakan Timbalan Pengerusi manakalah Saudari Nur Jasmine Athirah bt Azhar merupakan Setiausaha Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah (GPU). Saudara Muhammad Amir Fakri bin Anuar telah diwakili oleh ibunya pada penganugerah tersebut kerana beliau sekarang berada di Thailand mewakili Universiti seluruh malaysia sebagai speaker dalam Konferen Antarabangsa Silpakorn Summer School.
Selain Saudara Amir Fakri bin Anuar dan Saudari Nur Jasmine Athirah bt Anuar , Tanah Merah juga turut diwakili oleh Muhammad Zikry Irfan bin Ruzaidi (Kategori Individu Lelaki) , Nur Fatin Audrina bt Azhar , Nur Zaimah Atikah bt Mohd Zain (Kategori Individu Wanita) dan Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah (Kategori Pertubuhan Belia).
Diharapkan dengan kejayaan ini, kedua–dua mereka mampu membantu meningkatkan penglibatan belia–belia berpersatuan di tanah merah dan menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih gigih kepada para belia di tanah merah untuk meraih kejayaan seperti mereka. Penganugerahan ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan Malaysia).
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 177
