KUALA KRAI, 13 JUN 2023 - Program Matahari bertajuk Burnout : Menyalakan Yang Terpadam bersama Dr. Wan Armidawati binti Wan Abdullah, Pensyarah Kanan Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Beliau memberi penekanan mengenai pengurusan stress oleh pekerja wanita seperti meditasi, pernafasan mendalam, senaman fizikal dan aktiviti menyenangkan yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi, individu perlu mengenal pasti strategi yang berkesan untuk mereka sendiri dan melaksanakannya secara konsisten. Pekerja wanita juga perlu menjaga keseimbangan antara kehidupan professional dan peribadi termasuk menetapkan had waktu bekerja yang wajar, menghadkan kerja selepas waktu pejabat dan memberi perhatian yang mencukupi kepada kehidupan keluarga, sukan dan rekreasi serta kegiatan sosial.
Pogram anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan secara dalam talian ini telah dihadiri oleh seramai 309 orang peserta termasuk Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Kesimpulannya, individu terutama golongan wanita perlu berkongsi tekanan dan kesukaran dengan orang terdekat seperti rakan sekerja, sahabat atau ahli keluarga. Sokongan emosi, sokongan dalam menjalani aktiviti luar pejabat dan ruang untuk berbicara serta meluahkan perasaan boleh membantu mengurangkan kesan burnout.
Disediakan Oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 188
