- JBS Kelantan
- Hits: 144
KURSUS SMART BELANJA SIRI 1/2023
KOTA BHARU - Bertempat di Pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kelantan Satu Kursus Smart Belanja Siri 1/2023 telah diadakan.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi Cara Perbelanjaan berhemat dan Pengurusan Kewangan yang bijak,ia merupakan satu cara yang teratur dalam merancang dan mengawal perbelanjaan untuk memenuhi matlamat hidup. Pengurusan kewangan merupakan isu penting yang hangat diperdebatkan ketika ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara dan modal insan. Ilmu dalam kewangan dilihat sebagai keupayaan individu menggunakan pengetahuan serta kemahiran bagi menguruskan sumber kewangan dengan berkesan bagi mencapai kesejahteraan kewangan sepanjang hayat. Manakala keusahawanan dilihat sebagai salah satu pemangkin kepada pembangunan negara dan memerlukan belia sebagai penerajunya. Sikap berbelanja secara berhemah ini patut diamalkan setiap masa.
Kursus ini telah dihadiri oleh Puan Siti Suriati, Penolong Akauntan dan Puan Norulain Pembantu Kewangan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Berita disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pentadbiran JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 144
