- JBS Kelantan
- Hits: 109
GOTONG ROYONG Y-HUB@KBS
KELANTAN, 19 April 2023 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dalam persediaan menyediakan satu ruang selamat kepada golongan belia untuk mengadakan aktiviti yang diingini bersama rakan-rakan. Ruang ini jugak akan menjadi pusat kepada belia-belia Kelantan untuk melontarkan idea dan pandangan, ruang selamat ini adalah berkonsepkan lepak bermanafaat kepada golongan muda serta komuniti setempat.
Lokasi yang telah di pilih adalah di dalam premis Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES). Gotong-royong membersihkan premis tersebut telah dijalankan oleh pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Semoga dengan adanya Y-HUB@KBS ini akan menggalakan anak muda untuk mengadakan aktiviti yang lebih bermanafaat dan berimpak kepada masyarakat.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 109
