TUMPAT, 18 APRIL 2023 – Pejabat Penggawa Daerah Wakaf Bharu telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 16 Ahad 2023 (Ahad) bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Penggawa Daerah Wakaf Bharu. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah di kalangan Pegawai Agensi-Agensi Kerajaan dan Penghulu-Penghulu di daerah Tumpat.
Program bermula jam 6.45 petang sehingga Majlis Berbuka Puasa dengan pengisian program Tazkirah Ramadan bertajuk “Pecutan Akhir Ramadan” yang disampaikan oleh Imam Tua Masjid Wakaf Bharu. Melalui majlis ini juga, ianya menjadi satu platform membina, mengukuhkan aspek penghayatan islam dikalangan agensi – agensi kerajaan bersama pemimpni-pemimpin masyarakat di seluruh Wakaf Bharu sekaligus menghidupkan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan program kerohanian. Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat hadir sama memeriahkan majlis tersebut.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 128
