- JBS Kelantan
- Hits: 144
INI MASA KITA : SEMBANG SANTAI BELIA TUMPAT SEMPENA SAMBUTAN AMBANG HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH TUMPAT 2023
TUMPAT, 6 JUN 2023 – Sembang Santai Belia Tumpat Sempena Sambutan Ambang Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tumpat 2023 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah dijalankan pada 1 Jun 2023 (Khamis) yang lalu. Dengan semangat Sambutan Ambang Hari Belia pada tahun ini diadakan dua sesi iaitu sembang santai di PBSD Tumpat serta Pusat Rekreasi Lapang Sasar Memanah, Pantai Sri Tujoh,Tumpat yang akan diadakan pada 9 Jun 2023 (Jumaat).
Pengisian aktiviti ialah Mari Mencuba Memanah dan Kejohanan Maraton Memanah. Program ini bertujuan untuk merangsang dan mewujudkan perhubungan kerjasama persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dan sukan didaerah Tumpat serta masyarakat amnya. Setiap pertubuhan belia dan sukan akan diwakili oleh jawatankuasa tertinggi masing-masing seramai 5 ke 7 orang. Turut hadir YBrs.Encik Sabari bin Abdul Rashid, Penggawa Daerah Wakaf Bharu dan beberapa wakil dari agensi kerajaan yang lain. Dianggarkan seramai 150 orang yang telah menghadiri program ini bermula jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. Senarai Persatuan / Kelab dalam daerah Tumpat yang menghadiri program ini antaranya:-

- Persatuan Belia Bakti (PERBAKTI) Tumpat
- Persatuan Belia Kampong Paloh
- Persatuan Belia Kampong Teluk Jering
- Kelab Belia Anak Muda Bandar Tumpat
- Kelab Belia Wira Berjaya (Wijaya) Pengkalan Kubor
- Persatuan Bola Sepak Coza
- Persatuan Bola Sepak Geting
- Kelab Motosikal Retro – Dalam proses
- Kelab Belia Pewaris – Dalam proses
- Kelab Anak Muda Tumpat
- Kelab Bola Sepak Talaq
Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria. Kesempatan ini beliau merakamkan ucapan terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Turut hadir sama ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Abdullah Zawawi dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Wan Abdul Rahman bin Wan Ismail. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia & Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 144