BACHOK, 1 MEI 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah menerima kehadiran Pegawai Belia dan Sukan (PBSD) Bachok yang baharu iaitu Puan Hazmanita binti Che Hamid pada 30 April 2023 lalu. Sebelum ini, beliau bertugas di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, Tangok bermula 13 Februari 2017 sehingga 27 April 2023.
Puan Hazmanita memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Belia dan Sukan pada tahun 2001 memegang portfolio Unit Penggalakan Sukan dan Unit Pembangunan Ekonomi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan selama 7 tahun. Kemudian pada tahun 2008 sehingga 2016 beliau bertugas di daerah Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Mas sebagai Pegawai Belia dan Sukan Daerah. Pada tahun 2016 sehingga 2017 beliau ditempatkan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu sebagai Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Puan Hazmanita, PBSD Bachok yang baharu. Diharapkan warga PBSD Bachok akan terus berganding bahu, bekerjasama dan bertoleransi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Semoga dengan kehadiran beliau juga akan merancakkan lagi pembangunan belia dan sukan di daerah Bachok.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 132
