PASIR MAS, 11 JANUARI 2023 –Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Pasir Mas telah digerakkan di dalam program Pasca Banjir di Daerah Pasir Mas akhir Disember lalu. Seramai 104 orang belia yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) bagi daerah Pasir Mas. Namun hanya 10 orang pertama telah mula turun untuk memberi khidmat kepada mangsa banjir di Taman Perumahan Lubok Jong DAN Perumahan PPMS, Lubok Jong.
SATRIA Pasir Mas turun membersihkan kawasan rumah salah seorang mangsa banjir di sini yang juga merupakan Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, iaitu Pn Siti Hasiah dan juga ahli Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin, Sdr Muhammad Nurrizul Ataullah bin Mohamed Noruddin.
Mereka berkata, “banjir kali ini lebih teruk dari banjir pada Februari 2022 kerana kali ini paras ari banjir melepasi tahap kepala. Banyak peralatan elektrik dan perkakas rumah rosak akibat banjir kali ini walaupun di letakkan di paras agak tinggi.”
Disediakan oleh: Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 132
