PASIR MAS, 15 JUN 2023 - Melalui Strategi 3 iaitu Memperluaskan Jaringan Kerjasama Bersama Rakan Strategik Dalam Pelaksanaan Inisiatif bagi mengupayakan pertubuhan belia dan juga menggalakkan aktiviti kesukarelaan,, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah mengadakan satu pertemuan dan perbincangan bersama pihak pengurusan SMK Baroh Pial, Rantau Panjang bagi pelaksanaan Program Intervensi Sosial Daripada Belia Kepada Belia (Y2Y) yang bakal berlangsung pada 21 Jun nanti.
Program Intervensi Sosial Daripada Belia Kepada Belia (Y2Y) adalah memfokuskan kepada pelaksanaan program intervensi dalam usaha mengurangkan keterlibatan belia dalam isu serta permasalahan sosial. Objektif program Y2Y juga adalah untuk membimbing peserta untuk memantapkan sahsiah dan identiti diri dan memantapkan jalinan kerjasama dan kolaborasi rentas agensi kerajaan dan pertubuhan belia dalam inisiatif intervensi sosial belia.
Pengetua SMK Baroh Pial, En Yahaya bin Mohd Nor menyambut baik program dan memberi sokongan penuh terhadap inisiatif dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Beliau mencadangkan agar dapat menjemput Pempengaruh Media Sosial Tik Tok dan TV9 supaya dapat memberi inspirasi kepada golongan remaja dan belia sebagai salah satu kempen kaedah pelaksanaan program ini. Hadir sama dalam perbincangan ini Pen. Kanan Pentadbiran, En. Zulkifli bin Nor; Pen. Kanan Ko-Kurikulum, En Mohd Zuladnan bin Abd Rahman dan Kaunselor Sekolah iaitu Pn Suria binti Yusof. Pn. Nazatul Asma binti Ariffin dan Pn. Syuhaidah binti Abd Hamid dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Disediakan oleh : Urus Setia Media dan Portal PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 143
