KELANTAN, 21 Jun 2023 – Bertempat di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad Ke IV telah berlangsung Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Kelantan Sempena Hari Belia Negara (HBN) 2023 pada 16 Jun 2023.
Pertandingan ini disertai oleh belia-belia dari seluruh daerah di Negeri Kelantan. Sebanyak 10 pasukan telah berentap untuk mendapatkan gelaran juara. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk mempromosikan nilai-nilai murni dalam agama seperti kasih sayang, perdamaian, kesatuan dan keadilan kepada belia-belia di Negeri Kelantan. Disamping itu juga, pertandingan ini dapat menginspirasi dan memotivasi belia agar menjalani hidup dengan prinsip-prinsip agama yang baik.
Juri sebulat suara memilih Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong sebagai juara Pertandingan Nasyid Sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023. Juara membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 1,000.00, manakala Naib Johan di menangi oleh Maahad Muhammadi Lelaki dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 700.00. Bagi tempat ketiga pula di menangi oleh Maahad Ahmadi Tanah Merah dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 500.00.
Majlis Penyampaian Hadiah telah di sempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria dan diiringi oleh Timbalan Pengarah JBNSK Encik Hazri Nizam bin Zakaria.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 316
