PASIR MAS, 27 JUN 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah menghantar tiga peserta dalam kategori masalah pembelajaran mewakili Daerah Pasir Mas ke Program Inspire iTalent di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu Kelantan Sabtu lalu. Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Kelantan.
Program Inspire iTalent merupakan sebuah program yang berlandaskan pencarian bakat baharu pembangunan sukan Para di peringkat akar umbi khusus untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merangkumi dua kategori ujian iaitu Ujian Antopometri dan Ujian Kecergasan.
Para peserta yang terpilih mewakili daerah Pasir Mas adalah Mohamad Aizzat bin Mohd Rahim (19), Nur Shahziana Farhana binti Shaharuddin (16) dan Mohamad Ashrul Ahmal bin Mat Jusoh (19). Mereka menjalani beberapa siri ujian seperti Ujian Antopomotri adalah Ujian Berat Badan, Ketinggian Berdiri, Ketinggian Duduk dan Panjang Depa manakala Ujian Kecergasan adalah Ujian keseimbangan Statik (Static Balance Test), Lompat Jauh Berdiri (Standing Broad Jump), Lontaran Bola Keranjang (Basketball Throw), Ujian Larian 20 m (20 m Sprint)
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Media dan Portal PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 214
