BACHOK, 15 JULAI 2023 - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang telah berlangsung pada 14 Julai 2023 bertempat di Kolam Renang Permai Beach Resort. Seramai 40 orang peserta berumur 6 hingga 12 tahun telah menyertai program ini.
KLAS Renang ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Muliaman bin As’ari, selaku Ketua Jurulatih bersama 5 orang jurulatih dari Persatuan Perenang Dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM).
Taklimat program kepada para ibubapa/penjaga telah disampaikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam sesi taklimat tersebut, Encik Hazri Nizam turut memaklumkan tujuan KLAS Renang ini diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat, mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada di dalam air serta meningkatkan kemahiran berenang individu dalam aktiviti renang seterusnya meningkatkan tahap kesihatan.
Program Siri 1 akan diadakan selama 6 sesi iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 7.15 pagi hingga 8.15 pagi.Turut hadir ialah Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok serta Puan Rahimah binti Abdullah, Pegawai Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 142
