KELANTAN, 25 JULAI 2023 – Menyertai atau mengadakan pameran merupakan salah satu perkara yang diimpikan oleh kebanyakan artis seni. Melalui pameran, artis seni terutamanya yang masih muda dapat memperkenalkan hasil karya mereka kepada pencinta seni dan masyarakat umum.
Mohammad Fakhrul Syahiran bin Rosadura dan Isma alif bin Ahmad dari KorakoraArt merupakan antara artis seni yang mendapat peluang itu apabila dijemput untuk menyertai pameran Galeri Seni Anak Muda bersempena Pelancaran Y-Hub Kelantan pada 22 Julai 2023 yang lalu. Beliau menzahirkan perasaan berbesar hati dengan jemputan itu dan bangga kerana berpeluang untuk melakarkan potret YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang hadir merasmikan majlis tersebut.
KorakoraART mula beroperasi pada 2007 dan telah membuka galerinya di Jalan Che Su, Kota Bharu. Antara servis yang diberikan ialah Karikatur dan Potret. Servis ini bersesuaian dengan semua peringkat umur.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia, JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 204
