Kelantan, 30 Julai 2023 - Buat pertama kalinya, Kelab E-Sukan Ummah (KEMMAH) dibawah Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Cawangan Kelantan telah melaksanakan Bengkel E-Sukan bertempat di Y-Hub Kelantan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan bermula pada petang 27 Julai 2023 dan berakhir pada 28 Julai 2023.
Bengkel ini diadakan khusus untuk melahirkan pemain e-sukan yang berkemahiran tinggi dan e-sukan, dalam masa yang sama melahirkan pemain e-sukan cergas fizikal, sihat tubuh badan dan menjadi ejen perubahan positif di kalangan belia di luar sana. Seramai lima belas (15) orang peserta telah terlibat secara langsung dan atas talian yang terdiri dari lingkungan umur 15 - 16 tahun. Bengkel ini bukan sahaja tertumpu kepada latihan E-Sukan, malah turut diisi dengan aktiviti kerohanian dan jasmani.
Y-Hub Kelantan telah dilancarkan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini. Badan-badan NGO yang berdaftar amat dialu-alukan untuk melaksanakan program-program pembangunan potensi belia di sini bagi memeriahkan aktiviti di Y- Hub Kelantan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia, JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 199
