KELANTAN, 31 Julai 2023 - Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan satu pertemuan khusus bersama pelumba cilik bagi kategori SIC OHVALE JUNIOR CHAMPIONSHIP. Pelumba cilik ini bernama Wan Muhammad Nufaly Darwisy bin Wan Mohd Assif berusia 9 Tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Wakaf Bharu Kelantan.
Adik Nufaly ini bergiat aktif dalam sukan bermotor sejak tahun 2021 dan telah menyertai sesi pemilihan pelumba bagi kategori SIC OHVALE JUNIOR CHAMPIONSHIP dibawah kendalian bekas pelumba Moto GP Negara iaitu Zulfahmi Khairudin. Pencapaian terbaik setakat ini adalah mendapat podium tempat ke-3 daripada 15 pelumba pada pusingan kedua yang berlangsung di Litar MORAC Langkawi pada 15-16 Julai 2023 yang lalu. Kejohanan ini turut disertai dari pelumba-pelumba antarabangsa seperti Thailand, Jepun, Indonesia dan Australia dan Singapore.
Kunjungan Adik Nufaly ini telah santuni oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan En. Mohd Khairul Asraf Hafizi bin Mohamad Noor Pegawai Pembangunan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Antara intipati perbincangan dan perkongsian maklumat adalah berhubung Pengurusan Strategik yang mampan seperti Pembangunan Pelumba (Fizikal, Mental dan Spritual), Pengurusan Pasukan (Teknikal dan Tektikal), Pengurusan Kewangan (Latihan dan Perlumbaan), Kolaborasi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Pengurusan Promosi, Publisiti dan Penajaan.
JBSNK senantiasa menyokong dan mendokong program dan aktiviti sukan permotoran yang sihat dan mematuhi prosedur-prosedur dalam mencungkil dan menggilap bakat-bakat baharu untuk melahirkan pelumba-pelumba Negara yang unggul.
Disediakan oleh:Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 168
