KOTA BHARU, 3 Ogos 2023 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Kota Bharu telah diadakan pada 2 Ogos 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En.Sazli bin Mahmood, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Pengerusi Sepak Takraw Che Arus, Kota Bharu, Persatuan Bola Jaring Negeri Kelantan serta Kelab Bola Sepak Kampus USM Kubang Kerian.
Mesyuarat tersebut membincangkan mengenai tarikh pelaksanaan, masa, lokasi serta peraturan am pertandingan. Antara jenis sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti pertandingan Futsal (lelaki), Bola Jaring dan Sepak Takraw (Regu lelaki).
Adalah diharapkan Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Kota Bharu ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 157
