Kelantan, 18 Oktober 2023 - Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah pemberian bantuan berbentuk dana bagi penganjuran program sukan bagi semua peringkat.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia daan Sukan Malaysia telah meluluskan permohonan Kelab Aerobik Bukit Jering (KABJ) bagi penganjuran Program Nature Hiking dan Kayak yang telah diadakan pada 15 September 2023 ( Jumaat ) di Dabong, Jeli.
Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah hadir sama bagi mengikuti penganjuran program ini.
Pelbagai pengisian telah diadakan bagi memeriahkan lagi penganjuran program ini antaranya ialah Majlis Tahlil bersama AJK dan jemaah Masjid Bukit Jering, Jeli dan Program Ramah Mesra bersama Kelab Belia dan Sukan di Kampung Bukit Jering, Jeli.
Diharapkan dengan penganjuran progran ini dapat mengupayakan peranan rakan strategik dalam melaksakan program pembangunan sukan untuk semua di peringkat komuniti setempat dan mencapai sasaran pembangunaan sukan secara bersama.
Turut hadir sama membuat pemantauan bagi program DSK ini ialah Encik Mhd Sulayman bin Subrun, Pegawai Sukan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal, Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 153
