KELANTAN, 19 Oktober 2023 - Klinik Asas Agama dan Kelas Akademik Y-Hub Peringkat Negeri Kelantan 2023 telah memulakan sesinya pada 15 September yang lalu bertempat di Y-Hub Kelantan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk generasi celik Al-Quran yang cemerlang dan melahirkan belia-belia yang dapat memahami lebih mendalam tentang subjek teras yang telah dipelajari. Antara subjek yang diadakan sempena program ini ialah kelas pengajian Al-Quran, Bahasa Inggeris dan Matematik. Lebih menarik, kelas Bahasa Inggeris yang diadakan ini memfokuskan kepada penguasaan bahasa dan meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Klinik Asas Agama dan Kelas Akademik ini mensasarkan 15 orang peserta pada setiap sesi dan ianya akan berlangsung selama 72 sesi bagi ketiga-tiga subjek tersebut dengan kekerapan tiga (3) kali seminggu sehingga pertengahan November ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia, JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 186
