- JBS Kelantan
- Hits: 140
KUNJUNGAN HORMAT AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA TANAH MERAH KEPADA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH TANAH MERAH
TANAH MERAH, 18 OKTOBER 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Parlimen Belia Malaysia Tanah Merah iaitu Saudara Nik Mohammad Haris Adli Bin Nik Zulkifli.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membina jaringan hubungan kerjasama di antara Ahli Parlimen Belia Tanah Merah dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah di dalam memperkasakan Agenda Pembangunan Belia dan kelancaran program – program Pembangunan belia dan sukan di Daerah Tanah Merah.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah menyambut baik kunjungan hormat tersebut dan membuka seluas – luasnya pintu jaringan kerjasama di antara Ahli Parlimen Belia Tanah Merah dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dalam membantu menjayakan semua program – program yang akan dilaksanakan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 140
