KELANTAN – Kajian mendedahkan kebanyakan rakyat Malaysia bersenam untuk kekal cergas dan sihat. Pelbagai aktiviti sukan dilakukan namun antara yang paling popular adalah berbasikal kerana ia boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan. Bagi menggalakkan kehidupan yang lebih sihat menerusi aktiviti berbasikal, Fun Ride Sempena Hari Belia Negara Peringakat Negeri Kelantan telah diadakan bagi menarik menarik minat semua golongan masyarakat untuk bersama-sama merayakan Hari Belia ini.
Acara ini telah diadakan pada 17 Jun 2023, bertempat di Dataran Warisa, Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Seramai 200 orang telah menyertai kayuhan ini. Kayuhan ini telah di sempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Tuan Saipuddin bin Zakaria.
Kata Saipuddin, “selain gaya hidup seimbang, pemakanan bernutrisi dan makanan tambahan, ramai yang mengakui bahawa senaman yang baik menyumbang kepada tidur malam lebih lena. Jadi, semua aktiviti berorientasikan kesihatan adalah selari dengan visi dan misi Jabatan untuk membantu semua lapisan masyarakat menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera”.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 158
