- JBS Kelantan
- Hits: 372
AP 308 PEMERIKSAAN DALAMAN
KUALA KRAI, 22 JUN 2023 - Pegawai Pengawal dan Ketua Jabatan, selain daripada menjalankan penyeliaan biasa urusan pejabat tiap-tiap hari dan pemeriksaan mengejut wang tunai dan barang barang berharga yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 309, hendaklah dari masa ke semasa menjalankan atau melantik pegawai lain untuk menjalankan pemeriksaan mengejut atas sebahagian atau keseluruhan kewajipan kewangan atau perakaunan (termasuk perakaunan Aset Awam) yang dilakukan oleh pegawai di bawah kawalannya, bagi maksud mengetahui sama ada prosedur yang betul difahami dengan sepatutnya dan sentiasa diikuti. Perihal mengenai kewajipan yang diperiksa bersama dengan catatan pemeriksaan itu hendaklah dimasukkan ke dalam buku pemeriksaan mengejut seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan.
Ketua Jabatan hendaklah mengadakan pemeriksaan mengejut secara berkala dan tidak kurang dari sekali dalam tempoh enam (6) bulan, tidak kira bulan apa yang dipilih dan seterusnya sekali lagi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh terakhir pemeriksaan itu dijalankan,
Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai bagi membuat catatan mengenai pemeriksaan tersebut dalam Buku Pemeriksaan Mengejut Arahan Perbendaharaan No. 308. Beliau juga sempat memberi perkongsian yang ringkas mengenai komunikasi asas di pejabat bagi mencapai keharmonian, ketenangan dan kebahagian dalam bekerja kepada Pegawai dan Kakitangan PBSD Kuala Krai.
Disediakan Oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 372
