- JBS Kelantan
- Hits: 141
KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
KUALA KRAI, 17 APRIL 2023 – Al-Quran adalah petunjuk dan cahaya kepada manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran dan merupakan bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam, kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi. Kelebihan Al-Quran yang paling besar untuk sekalian makhluk ia tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman.
Semua umat Islam termasuk golongan muda digalakkan membaca Al-Quran terutama sepanjang bulan Ramadan bagi mendapat kelebihan seperti akan mendapat syafaat di akhirat, Al-Quran sebagai pembela, orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan, dua pahala bagi orang yang susah menyebut dan membaca Al-Quran, Allah S.W.T akan mengangkat martabat golongan pembaca Al-Quran, akan mendapat ketenangan, membaca dan memperelokkan bacaan mendapat kebaikan, fasih membaca Al-Quran lebih layak menjadi imam solat Jemaah, setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala dan memperelokkan suara dengan mengamalkan bacaan Al-Quran.
Bertempat di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan, seramai 10 orang ahli Persatuan Beliawanis Halwanis Kuala Krai bersama Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai tidak ketinggalan bersama-sama mengambil peluang keemasan di bulan Ramadan dengan memperbanyakkan amalan termasuk aktiviti membaca Al-Quran secara berkumpulan bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini disamping mengeratkan ukhuwah yang telah sedia terjalin.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 141
