- JBS Kelantan
- Hits: 172
KUNJUNGAN MESRA KELAB BELIA SEPAKAT KAMPUNG BELIMBING KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JELI
JELI, 5 APRIL 2023 – Encik Mohd Shahrul Hakim bin Mohd Azim, Pengerusi Kelab Belia Sepakat Kampung Belimbing Jeli dan Encik Mohd Sharif Hilimi bin Nik Azan Setiausaha Kelab Belia Sepakat Kampung Belimbing Jeli telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli bagi membincangkan cadangan program dan aktiviti dalam memperkasakan belia di Kampung Belimbing dalam menempuhi cabaran arus perdana masa kini. serta menyelesaikan Minit Yang Kena Diberi (MYKD) tahun 2023.
Perbincangan berlangsung selama empat puluh lima minit yang di ketuai oleh Pn. Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli bersama pegawai dan kakitanganya. Isu pengisian dengan lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) oleh pertubuhan merupakan pekara pokok yang turut di beri penekanan serius di dalam perbincangan ini. Selain itu Pn. Siti Azura menasihatkan agar sentiasa bertanggungjawab, amanah serta komited di dalam menjalankan tugas serta kefungsian sesebuah organisasi pertubuhan belia. Pelbagai cabaran yang bakal di tempuhi kelak namun PBSD Jeli sentiasa bersedia membantu dan menyantuni untuk memastikan Belia Madani dan Belia Unggul dapat di terjemahkan secara menyeluruh khususnya di Daerah Jeli dan di Kelantan amnya. Secara tidak langsung ia akan membentuk Negara Bangsa yang ideal, dinamik serta lestari selari dengan masa kini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 172
