- JBS Kelantan
- Hits: 122
MASJID NURUL HIDAYAH TUAN RUMAH KARNIVAL RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023
KELANTAN, 28 Mac 2023 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke Masjid Nurul Hidayah, Tumpat bagi menyelaras pelaksanaan Program Karnival Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2023 yang akan diadakan pada 13 April 2023. Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Janda Anak Pioh, Ketua Unit Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK).
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sebagai pengisian sepanjang karnival tersebut diadakan, antaranya adalah Tadarus dan Khatam Al-Quran, Pertandingan Azan, Kursus Asas Pengurusan Jenazah, Ceramah Agama dan Majlis Berbuka Puasa. Karnival ini mensasarkan seramai 450 orang peserta yang melibatkan remaja daripada 10 jajahan di seluruh Negeri Kelantan dan belia-belia setempat turut sama dijemput untuk mengimarahkan bulan Ramadhan sempena karnival ini.
Tuan Haji Md. Rashid bin Mohamad, Pengerusi Masjid Nurul Hidayah melahirkan rasa gembira dan berbangga kerana pihak JBSNK telah memilih Masjid Nurul Hidayah sebagai rakan strategik bagi pelaksanaan Program Karnival Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2023.
Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Pembangunan Kesukarelawan JBSNK dan Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 122
