TUMPAT, 22 MAC 2023 – Satu perjumpaan di antara Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir bersama Saudara Mohd Hakimi bin Hj. Mat Husin, Pengerusi Majlis Belia Jajahan (MBJ) Tumpat telah diadakan pada 12 Mac 2023.
Perjumpaan singkat ini membincangkan beberapa perkara utama yang dihadapi oleh pihak MBJ Tumpat serta bagaimana untuk memperkasakan kembali Majlis Belia Jajahan Tumpat yang dilihat daripada beberapa sudut berbeza pada masa akan datang.
Antara perkara yang dititik beratkan semasa perbincangan ialah di antaranya mengenai hala tuju MBJ Tumpat itu sendiri serta program-program pembangunan belia dan sukan yang lebih fokus kepada kemahiran dan kepakaran diri. Perkara seperti ini amat penting kerana belia pada masa kini memerlukan maklumat dan dorongan bagi membantu mereka dalam memperbaiki kualiti hidup sekeluarga amnya ekonomi.
Penglibatan dalam berorganisasi di daerah Tumpat semakin menurun memandangkan kurangnya pendedahan ‘berpersatuan’ selepas zaman persekolahan. Justeru itu, beberapa kaedah sedang dirangka oleh MBJ Tumpat untuk memastikan mereka yang tidak berpersatuan dapat bersama nanti. Ini bagi memastikan belia tersebut dapat membina Jatidiri dan disiplin sejajar dengan tumbesaran, belia harapan bangsa dan negara yang akan datang. Hadir sama Pn. Ainaa Diyyana, Pegawai Pembangunan Belia PBSD Tumpat.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 191
