TANAH MERAH, 12 MAC 2023 – Telah berlangsung Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah diadakan di Dewan Mutiara 1, PCB Beach Resort Kota Bharu Kelantan.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada Yang DiPertua Majlis Belia Jajahan Tanah Merah Encik Hafizul Nizam bin Abdullah yang telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Baik oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT), daerah, negeri dan negara yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang daripada 5 tahun. Menurut Ketua Pengakap Negara, di masa akan datang pingat – pingat persekutuan pengakap ini akan diperluaskan ke peringkat daerah di mana ia bagi menghargai sumbangan dan titisan keringat para penggerak pengakap di peringkat daerah.
Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia ini telah disempurnakan dan disampaikan oleh Mej Jen Prof Dato Dr Haji Mohd Zin bin Bidin (B) Pemangku Ketua Pesuruhjaya Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Turut hadir adalah En Mohd Zulkifli Sulaiman (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan) dan Datin Nik Afzan Harisson bin Che Hamat (Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 150
