BANGI, 13 Mac 2023 – Telah berlangsung Sesi Perbincangan berkaitan pelaksanaan Projek Rintis Y-HUB@KBS serta lawatan ke Adab Youth Garage (AYG) pada 9 Mac 2023 bertempat di Bangi, Selangor. Sesi ini diadakan bertujuan untuk berkongsi idea dan pandangan serta memberi pendedahan kepada negeri yang terpilih bagi projek rintis ini iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka.
Y-HUB@KBS ini berkonsepkan penyediaan ruang selamat kepada belia-belia untuk menjalankan aktiviti dalam suasana yang kondusif, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan fungsi pekerja belia melalui program dan kerjasama dalam urus tadbir Y-HUB@KBS serta pelaksanaan program belia, memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik diantara pelbagai stakeholders pembangunan belia di peringkat persekutuan, negeri dan komuniti setempat, merapatkan hubungan diantara belia berpersatuan dengan belia tidak berpersatuan dan meningkatkan penyertaan belia dalam program belia serta memaksimumkan penggunaan fasiliti dan kemudahan dibawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Puan Syazana Safra binti Md Sanusi, Pegawai Pembangunan Ekonomi (I) telah hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Belia JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 144
