BACHOK, 5 Mac 2023 - Kejohanan Badminton Tertutup Beregu Lelaki anjuran Kelab SBBC dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah berlangsung pada 3 Mac 2023 bertempat di Dewan Rasport, Kampung Sungai.
Kejohanan ini telah menarik minat penggiat sukan badminton untuk beraksi di gelanggang. Sebanyak 50 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang diadakan secara liga kumpulan seterusnya peringkat kalah mati. Kejohanan ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 malam.
Regu Nik Azlan dan Wadi telah menjadi Johan dengan membawa balik wang tunai RM350.00 bersama hamper, Naib Johan dimenangi oleh Kelab SBBC dengan membawa balik wang tunai berjumlah RM 200.00 bersama hamper, manakala tempat Ketiga dan Keempat dimenangi oleh Kelab KJBC dan masing-masing membawa balik wang tunai berjumlah RM100.00 bersama hamper.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok yang turut sama menyertai kejohanan ini. Diharapkan program ini dapat mengekalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 118
