- JBS Kelantan
- Hits: 140
PROGRAM NAFAS BARU RAMADAN 2023
KUALA KRAI, 5 APRIL 2023 – Telah berlangsung Program Nafas Baru Ramadan 2023 bertempat Audioturium Rafflesia, Hospital Ismail Petra Kuala Krai yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dengan penglibatan seramai 60 orang pelbagai agensi kerajaan dan agensi swasta yang hadir.
Program Nafas Baru Ramadan ini adalah satu salah kempen “Jom Berhenti Merokok” dikalangan masyarakat setempat pada masa kini. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam masyarakat tentang bahaya merokok dan pada masa yang sama menggalakkan perokok untuk berhenti merokok.
Selain itu, kempen “Speak Out” sedang giat memperkasakan menyuarakan hak mereka terhadap persekitarann yang bersih dan bebas daripada asap rokok di tempat awam. Puan Nurul Syifa binti Mohd Husni, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dan Puan Shamsulaishi binti Shamsuddin, Pembantu Tadbir turut hadir bagi program tersebut. Kesimpulan program ini dapat memberi input bahaya merokok dan cara berhenti merokok untuk dikongsikan bersama rakan sekerja dan keluarga.
Disediakan oleh :Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 140
