PASIR MAS, 21 MAC 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah menghantar lima orang wakil dari kalangan pemimpin NGO Belia iaitu Majlis Belia Jajahan Pasir Mas dan Kelab Belia Komuniti Bukit Tandak ke Program Wacana 152 : Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dalam Pemartabatan Bahasa Kebangsaan di Auditorium Hospital USM, Kampus Kesihatan Kubang Kerian pada 18 Mac 2023 yang lalu dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilyah Timur dan Jabtan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Terjemahan dan Literasi Universiti Sains Malaysia.
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, YBhg. Dr Hazami Jahari manakala Ucaptama disampaikan oleh Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), YBhg. Dato’ Haji A. Aziz Deraman.
Antara para panel yang terlibat di dalam Wacana ini adalah YM Raja Shamri Raja Hussin (Yayasan Raja Shamri), YBhg. Dr Hafidzah Mustakim, Presiden Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan (PRIHATIN); Exco Pendidikan MAYC Bachok, En Muhammad Nur Azam bin Ghazali; dan selebriti seni Kelantan yang tidak asing lagi iaitu En. Mohd Afandi Mohamed atau lebih dikenali sebagai Fendi Kenali dari Persatuan kebajikan Penggiat Seni Negeri Kelantan manakala Sdr Roslan Abd Rahman dari Persatuan Belia Asal Kelantan bertindak sebagai moderator sepanjang program berlangsung. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kelantan, Pn. Dalila Diyana Mat Zaid.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 162
