- JBS Kelantan
- Hits: 160
CERITA ANAK MUDA - MADU KELULUT
KELANTAN, 30 Mac 2023 – Berbekalkan modal berjumlah RM 40.00 dengan membeli seunit sarang kelulut pada tahun 2013, Mohd Norhisham bin Muhammad, 40 tahun hari ini telah berjaya menjadikan perniagaan madu kelulut sebagai sumber pendapatan utama belia. Mendapat purata keuntungan setahun berjumlah RM 35,000.00 hingga RM 40,000.00 madu kelulut beliau telah mendapat sambutan dari dalam dan luar negara.
Ladang kelulut yang berkeluasan setengah hektar ini di beri nama Rabbiatul Trigona Farm yang terletak di Taman Desa Wangi Pasir Tumbuh. Pelbagai spesis kelulut yang diternak di ladang ini antaranya adalah Heterotrigona Itama, Lepidotrigona Terminata dan Geniotrigona Thoracica. Tiga spesis ini merupaka spesis terbaik dan sesuai untuk di ternak di kawasan bandar. Dalam masa yang sama ladang Mohd Norhisham juga turut menjadi lokasi pilihan bagi agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pihak swasta untuk mengadakan pelbagai jenis kajian, kursus pengenalan serta kursus meningkatan kemahiran dalam perusahaan madu kelulut.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) yang di ketuai oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSNK telah mengadakan lawatan lanjutan ke Rabbiatul Trigona Farm bagi berkongsi maklumat dan peluang-peluang serta kursus-kursus keusahawanan yang ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada usahawan belia dalam mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas. Pada masa yang sama, JBSNK juga berperanan sebagai medium untuk mempromosikan usahawan belia Negeri Kelantan khususnya melalui medium Media Sosial. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut adalah Encik Mohd Khairul Asraf Hafizi bin Mohamad Noor Pegawai Pembangunan Ekonomi dan Puan Syazana Safra Md Sanusi, Pegawai Kepimpinan dan Sahsiah, JBSNK
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 160
