KELANTAN, 21 Mac 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah menerima Pembantu Tadbir Kewangan Gred N22 yang baharu iaitu Puan Noorulainiaziela binti Mohamad bagi menggantikan Encik Nik Mohd Ridhwan bin Nik Abdul Halim yang telah bertukar ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan berkuatkuasa pada 20 Mac 2023 yang lalu.
Beliau yang telah berkhidmat di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negeri Kelantan selama 20 tahun bermula tahun 2003, mula melaporkan diri di Jabatan ini pada 20 Mac 2023.
Puan Rafizamasturi bt Zakaria, Ketua Pembantu Tadbir di JBSNK telah menyerahkan Nota Serah Tugas berkaitan tugas-tugas yang akan digalas oleh beliau di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan di Jabatan. Beliau berharap agar Noorulainiaziela dapat memberikan komitmen yang baik dan berkhidmat dengan penuh dedikasi sepanjang menjalankan tugas di Jabatan ini.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pentadbiran JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 519
