- JBS Kelantan
- Hits: 124
LAWATAN TAPAK SEMPENA PROGRAM KETUA JAJAHAN BERSAMA JABATAN DI JAJAHAN KOTA BHARU BERSAMA MASYARAKAT
KOTA BHARU, 16 MAC 2023 – Program Ketua Jajahan Bersama Jabatan di Jajahan Kota Bharu Bersama Masyarakat telah dijadualkan akan berlangsung pada 8 Mei 2023. Oleh yang demikian, satu lawatan tapak telah dilaksanakan pada 14 Mac 2023 pada jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat Penggawa Daerah Kota.
Program ini merupakan satu matlamat pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu adalah untuk mengeratkan hubungan di antara Ketua Jajahan Kota Bharu bersama Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan. Disamping mengukuhkan lagi hubungan sesama pegawai dan kakitangan jabatan masing-masing.
Lawatan tapak ini adalah bagi mengenalpasti kesesuaian tempat dan fasilitisi untuk pelaksanaan program tersebut. Program ini juga dijangka akan dapat menarik lebih 500 orang pengunjung yang terdiri darpada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penduduk setempat.
Terdapat 13 Agensi yang telah hadir ke sesi lawatan tapak ini yang diketuai oleh wakil Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu iaitu Encik Afif bin Sabawi, Pegawai Pembangunan Sosioekonomi. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah diwakili oleh Puan Naziah binti Dollah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Antara Jabatan yang terlibat adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan (JPJ), Majlis Perbandaran Kota Bharu, Majlis Daerah Ketereh, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu, Jabatan Penjara Negeri Kelantan, Sek. Keb. Paloh Pintu Geng, Agensi Antidadah Negeri Kelantan (AADK), Agensi Kaunseling dan pengurusan kredit (AKPK), Tadika KEMAS Taman Guru.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 124
