KELANTAN, 27 Mac 2023 - Bahagian Pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Tazkirah Ramadhan pada 26 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, JBSNK.
Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Kashuadi bin Abdul Ghani, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Tazkirah yang disampaikan adalah bertajuk “Pencuri di Bulan Ramadhan”.
Antara intipati tazkirah tersebut adalah beliau menerangkan tentang perbuatan 'mencuri' masa kita, ia perlu ditangani segera, kerana sebabnya, kita serba tidak sempat untuk meraih 1001 peluang ibadat di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Sedangkan ganjaran pahala berlipat kali ganda di dalam bulan ini, di mana satu amalan sunat dapat pahala seperti satu amalan fardhu dan satu amalan fardhu dapat ganjaran pahala seperti 70 amalan fardhu di bulan-bulan lain.
Terdapat 9 perbuatan “Pencuri di Bulan Ramadhan” iaitu televisyen, bazar Ramadhan, berjaga malam untuk perkara lagha, dapur, handphone, muzik, bakhil, majlis yang kosong dari mengingati Allah serta media sosial.
Hadir sama mendengar tazkirah tersebut adalah Tuan Haji Asmadi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Pegawai dan Kakitangan di Ibu Pejabat, Kompleks Belia dan Sukan Panji serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pentadbiran JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 191
