KOTA BHARU, 3 APRIL 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah menerima kehadiran Puan Hasliza binti Mat Zin, Pegawai Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur. Pada 2 April 2023. Kehadiran beliau ke pejabat ini adalah bertujuan untuk bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu bagi memperkasa pertubuhan belia dan mengorak langkah bagi membantu mana-mana pertubuhan belia yang ingin mendaftar pertubuhan mereka. Objektif utama dalam sesi perbincangan ini adalah bagi mengenalpasti mekanisme dalam membantu meningkatkan tahap tadbir pertubuhan belia khususnya di Daerah Kota Bharu.
Pada masa sama pihak pejabat ini turut menyantuni kehadiran En. Mohamad Sharul Iman bin Saebon dan En. Mohd Rais bin Izuddin yang berhasrat untuk menubuhkan Persatuan Belia serta Kelab Rakan Muda di Daerah Kota Bharu. Di kesempatan ini Puan Hasliza turut memberi tunjuk ajar mengenai tatacara serta prosedur penubuhan persatuan. Puan Hasliza turut menekankan isu berkaitan penghantaran Maklumat Yang Kena Beri (MYKD).
Pejabat ini berharap hasil perbincangan strategik bersama Puan Hasliza bin Mohd Zin, dapat membuahkan hasil dalam memastikan pertubuhan belia di daerah Kota Bharu yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bergerak secara lebih efisyen dan efektif sejajar dengan matlamat pembangunan belia serta peruntukan dalam akta tersebut.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 138
