- JBS Kelantan
- Hits: 92
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PARA SUKMA NEGERI KELANTAN DAN MALAYSIA LITTLE LEAGUE NEGERI KELANTAN
KELANTAN, 8 NOVEMBER 2022 - Telah diadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para Sukma Negeri Kelantan dan Malaysia Little League Negeri Kelantan bertempat di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu.
Kejohanan Malaysia Little League Peringkat Kebangsaan akan bermula pada 28-30 Oktober 2022 manakala Temasya Sukan Para Sukma pula akan berlangsung pada 1-6 November 2022. Untuk rekod Kontinjen Para Negeri Kelantan telah berjaya menghadiahkan 21 pingat emas pada edisi Sukan Para Sukma Perak pada 2018.
Majlis perasmian dan penyerahan bendera kontinjen telah disempurnakan oleh YB. Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSN Kelantan, Ustaz Nasruddin bin Mahmud Muhaidin, Pengarah U-Bes serta Encik Mahmodd bin Deraman, Pengerusi PESRON Kelantan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 92
