- JBS Kelantan
- Hits: 145
SESI DIALOG MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (APPGM-SDG) DI PARLIMEN RANTAU PANJANG
PASIR MAS, 10 APRIL 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah telah di jemput ke Satu Sesi Dialog Bersama Komuniti Dan Agensi Kerajaan Sempena Sesi Lawatan Tapak Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai Matlamat Pembangunan Lestari ke kawasan Parlimen Rantau Panjang bermula 7 hingga 10 April 2023 di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Parlimen Rantau Panjang.
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Mengenai Matlamat Pembangunan Lestari - ‘All Party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals (APPGM-SDG)’ telah ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia pada bulan Oktober 2019 merupakan satu kumpulan bipartisan yang diberi mandat untuk menjalankan penyetempatan SDG di peringkat kawasan parlimen tanpa mengira latarbelakang politik dalam menggerakan Agenda SDG yang menjadi tunjang utama kepada keseluruhan gerak kerja yang dijalankan.
Parlimen Rantau Panjang telah dipilih bagi tahun 2023 bagi tujuan penglokalisasian Matlamat Pembangunan Lestari bagi mengenalpasti isu-isu setempat berkaitan ekonomi, sosial dan alam sekitar disamping mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang ada dengan mengunapakai pendekatan SDG.
Pn. Nazatul Asma binti Ariffin dan Sdr. Mohamad Nur Ikhmal bin Maizu, mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas manakala tiga orang Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pasir Mas turut menghadiri sessi dialog ini bertujuan untuk berkongsi input lanjut dalam proses pemetaan isu belia di peringkat akar umbi berkenaan isu ekonomi seperti pengangguran di kalangan belia, masalah sosial serta alam sekitar. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas memberi komitmen penuh sepanjang program ini berlangsung dan berharap ianya memberi impak positif kepada penduduk Jajahan Pasir Mas.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 145
