BACHOK, 22 FEBRUARI 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah mengadakan pertandingan dart selaras dengan matlamat JBSNK AKTIF pada hari ini bertempat di bilik aktiviti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Program dimulakan dengan sesi taklimat peraturan permainan dan perkiraan mata bagi menentukan pemenang. Sesi pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan kumpulan kedua pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Pertandingan yang pertama kali diadakan ini mencatatkan mata seri bagi kedua-dua kumpulan sehingga masa yang telah ditetapkan pada jam 10.00 pagi. Masing-masing telah berjaya mengamalkan gaya hidup Cergas, Cerdas & Ceria (3C) pada hari ini.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 203
