KELANTAN, 19 FEBRUARI 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan daripada wakil Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan pada 14 Februari 2023 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, JBSN Kelantan.
Kunjungan ini bertujuan mengadakan perbincangan dan ruang jalinan kerjasama bagi pelaksanaan Persidangan Sains Sukan Antarabangsa Kali Ke-13 pada 4-8 September 2023 nanti bertempat Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kubang Kerian, Kelantan.
Perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir Dr Nur Syamsina binti Ahmad, Encik Nurul Azuar bin Hamzah dan Puan Nur Fadhilah Ain binti Md Adanan, Pesyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM Kampus Kubang Kerian serta Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Pegawai Pembangunan Sukan OKU dan Puan Rahimah binti Abdullah, Pegawai Kecergasan Nasional.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 147
