- JBS Kelantan
- Hits: 112
PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON ANTARA PBSD BACHOK DAN KELAB BELIA KAMPUNG TAKANG
BACHOK, 9 FEBRUARI 2023 - Perlawanan persahabatan badminton antara kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok bersama ahli-ahli Kelab Belia Kampung Takang (KBT) telah diadakan pada 8 Februari 2023 bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada jam 8.30 malam.
Perlawanan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim kedua-dua pihak antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Kelab Belia Kampung Takang.
Perlawanan persahabatan ini dimenangi oleh Kelab Belia Kampung Takang. Semoga perlawananan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Turut hadir menyertai perlawanan ini ialah Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 112
