- JBS Kelantan
- Hits: 120
KAMU DITERUSKAN UNTUK TAHUN 2023
KELANTAN, 18 JANUARI 2023 : Bermatlamatkan membantu kerajaan dalam membendung gejala sosial di kalangan anak muda, khususnya belia berisiko. Kem Anak Muda (KAMU) akan dilaksanakan sebanyak tiga siri bermula Januari hinga Mac. Inisiatif yang diambil oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan Negeri di bawah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.
Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan bersama agensi yang berkaitan telah diadakan pada 17 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Antara agensi yang hadir adalah Polis DiRaja Malaysia Negeri Kelantan, Jabatan Penjara Negeri Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Yayasan Islam Kelantan serta pegawai-pegawai di Bahagian Pembangunan Belia JBSNK. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Dalam ucapan aluan, Pengerusi berharap agar perlaksanaan Program KAMU dapat melahirkan belia yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga, agama, bangsa dan negara serta meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya masalah sosial dalam kalangan anak muda.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 120
