TUMPAT, 14 DISEMBER 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Penggawa Daerah Wakaf Bharu telah melaksanakan Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Tumpat Siri 2 Tahun 2022 yang telah diadakan di rumah Mak Som Kampung Kulim, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Program berlangsung pada 30 Oktober 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Turut hadir Encik Sabari bin Abdul Rashid, Penggawa Daerah Wakaf Bharu, En. Muhamad Shahrul Azhar bin Noorzeli, Setiausaha Kelab Anak Muda Tumpat , Penghulu Mukim, En Azoha bin Awang . Pelbagai pengisian program telah diadakan seperti mengecat rumah, membersih halaman ruam dan dalam rumah dan sumbangan kepada asnaf. Program ini dibantu oleh 22 orang Sukarelawan Belia dari Kelab Pemuda Cakna Kelantan dan komuniti setempat. ( Lelaki 18 orang dan Perempuan 4 orang)
Objektif program ini adalah untuk menyediakan platform kepada belia melaksanakan aktiviti / program kesukarelawanan secara sistematik dan teratur dan saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling. Kakitangan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat turut hadir bagi melancarkan program tersebut.
Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang kerana ia dapat meningkatkan potensi diri yang melibatkan belia secara menyeluruh sepertimana tema Sambutan pada tahun ini #inimasakita.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 103
