KELANTAN, 11 NOVEMBER 2022 - Syukur dan puas hati kerana kami akhirnya berjaya ditauliahkan Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), itulah luahan daripada adik Muhammad Danish Rif'qi bin Lukman dan Nur Jasmine Athirah binti Azhar. Mereka ini berhempas pulas dalam masa 2 tahun lebih untuk menyiapkan komponen komponen tahap emas ARPRM sebelum ditauliahkan pada 11 November 2022 di Hotel Casuarina, Meru, Ipoh, Perak. Majlis penganugerahan ini disampaikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Yang Berusaha Encik Asmadi Bin Mohamad , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut hadir ke majlis ini diiringi oleh En Amreezal Bin Abdul Kadir, Ketua Unit Rakan Muda , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Puan Nur Athirah binti Ismail, daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Tahniah kepada penerima tahap emas dan Badan Operasi ARPRM PBSD Tanah Merah kerana berjaya melahirkan penerima tahap emas ARPRM pada tahun ini sekaligus mencatatkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan antara penerima tahap emas ARPRM semasa majlis yang penuh prestij dan meriah ini.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 143
