KELANTAN, 8 NOVEMBER 2022 - Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Negeri Kelantan yang telah berjaya membawa pulang 10 pingat Emas ,16 pingat Perak dan 10 pingat Gangsa menjadikan keseluruhan 36 pingat di kedudukan ke-9 pada Temasya Sukan Para Sukma XX MSN 2022 yang telah melabuhkan tirainya pada 6 November 2022 yang lalu.
Manakala Kontinjen Negeri Sabah Dibawah Bayu telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dengan kutipan 54 pingat Emas dan 125 pingat secara keseluruhan.
Majlis Perasmian Penutup temasya Sukan Para SUKMA XX MSN 2022 telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bertempat di Ballroom Palace of the Golden Horses.
Tahniah kepada semua atlet - atlet kontinjen yang terlibat, anda adalah insan luar biasa.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 172
