- JBS Kelantan
- Hits: 264
PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL SIRI 2 PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2022
KELANTAN, 16 OKTOBER 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Pertandingan Memanah Tradisional Siri 2 bagi Program 1000 Liga Peringkat Negeri Kelantan 2022 pada 15 Oktober 2022 bertempat di Pusat Memanah dan Rekreasi Pantai Sri 7, Tumpat.
Pertandingan ini telah disertai seramai 109 orang iaitu melibatkan 43 peserta kategori wanita dan 66 peserta kategori lelaki.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Ngo Negeri Kelantan. Turut hadir ke program tersebut ialah Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan En Wan Mohd Erffan Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 264
