PASIR PUTEH, 12 OKTOBER 2022 - Jom Memanah Sempena Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Daerah Pasir Puteh telah berlangsung pada 09 Oktober 2022 (Ahad) bertempat di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Gold Medalistar Archery Club Pasir Puteh.
Jom memanah adalah bertujuan memperkenalkan sukan memanah kepada belia-belia di Pasir Puteh. Majlis Penyampaian hadiah telah dilakukan oleh En Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Turut hadir En.Mohamed Ramadan bin Mah Hassan, Presiden Gold Medalistar Archery Club.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
- JBS Kelantan
- Hits: 184
