TUMPAT, 29 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat telah melaksanakan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tumpat yang telah diadakan di Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan. Program berlangsung selama 2 hari bermula pada 16-17 September 2022. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh, YB. Ustaz Haji Mohd Adanan ADUN Kelaboran.
Turut hadir Encik Mohd Zulkarnain bin Baharuddin, Ketua Penolong Ketua Jajahan Tumpat dan YDH. ACP Amran bin Dollah, Ketua Polis Daerah Tumpat. Pelbagai pengisian program telah diadakan sempena HBN Daerah Tumpat seperti Pameran dari Agensi Kerajaan, Pameran Auto Show Lori Berhias,Auto Show Motosikal Antik, Dikir Barat, Persembahan Pertunjukan “ Fire Show ” daripada PYRO Crew Tumpat, Sukan Tradisional, E- Sport, Senaman Keluarga serta Cabutan Bertuah. Program ini dibantu oleh 20 orang Sukarelawan Belia dari Kelab Belia Berjaya (Wijaya) daerah Tumpat
Objektif program ini adalah untuk menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara serta menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbangkan kepada pembangunan belia.
Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang kerana ia dapat meningkatkan potensi diri yang melibatkan belia secara menyeluruh sepertimana tema Sambutan pada tahun ini #inimasakita.
Disediakan oleh : Abdul Aziz bin Noor, Urusetia Portal Pejabat Belia & Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 160
