BACHOK, 18 SEPTEMBER 2022 - Pertandingan Bola Sepak Pantai sempena Karnival Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Bachok 2022 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Daerah Bachok telah berlangsung pada 17 September 2022 bertempat di Pantai Irama.
Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian bagi merebut kejuaraan dan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 500.00.
Haji Mohd Huzaimy bin Che Husin, ADUN Pantai Irama, Bachok meluangkan masa hadir memeriahkan Pertandingan Bola Sepak Pantai sempena HBN Daerah Bachok. Beliau juga berkesempatan melakukan sepakan penalti sebagai tanda sepak mula perlawanan. Turut hadir sama Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
BACHOK, 18 SEPTEMBER 2022 - Kira-kira 40 buah motosikal klasik pelbagai model dan jenama telah hadir ke tapak Karnival Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Bachok 2022 pada 16 September 2022 bagi menyertai Pertandingan Motosikal Klasik.
Antara model motosikal yang hadir adalah Yamaha RX 100, Yamaha RX-S, Yamaha CDI 80, Vespa, serta Suzuki GP 100. Turut diadakan pertandingan motosikal lambat dan cabutan bertuah.
Puan Syazana Safra binti Md Sanusi, Pegawai Ekonomi JBSN Kelantan hadir meluangkan masa ke Karnival HBN Peringkat Daerah Bachok. Beliau juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
KELANTAN, 18 SEPTEMBER 2022 - Majlis Perasmian Program Semarak Gemilang Sambutan Kemerdekaan dan Hari Belia Negara Daerah Bachok 2022 anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Bachok dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah berlangsung pada 15 September 2022 bertempat di Dataran Perahu Pantai Irama, Bachok.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Bachok. Beliau turut meluangkan masa membuat pelepasan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (65 buah Motosikal Besar & 30 buah kenderaan agensi).
Turut hadir YABrs. Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Ketua Jajahan Bachok, Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Jajahan Bachok.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
KUALA KRAI, 18 SEPTEMBER 2022 – Telah diadakan Program W-Fit@Comunity Peringkat Daerah Kuala Krai 2022 - Siri 1 telah berlangsung pada 16 September 2022 bertempat di Bukit Panau, Tanah Merah dengan Kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Guchil. Seramai 44 orang peserta telah mengikuti program ini.
Turut hadir sama Pn Huszaima Binti Mat Hassan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai (Unit Bakat Murid), En Mohd Fikri dari Jabatan Belia Dan Sukan Kelantan serta En. Muhammad Helme Fiadi dari Pejabat Belia Dan Sukan Dearah Kuala Krai dan Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Guchil.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
Kuala Krai 18 September 2022 – Telah berlangsung Liga Tunas Malaysia (Malaysian Little League - MiLL) Peringkat Daerah Kuala Krai 2022 bagi kategori Bawah 16 Tahun. Kejohanan ini diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai Sebanyak 8 pasukan (168 Orang Peserta) yang merupakan sekolah-sekolah yang menduduki 8 tangga terbaik MSSD di dalam Daerah Kuala Krai menyertai Kejohanan ini.
Objektif MiLL memastikan kesinambungan bakat baharu buat arena bola sepak Negara termasuklah menerusi penganjuran program pencarian bakat baharu akar umbi.
Kejohanan ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 14-15 September 2022. Hadir sama Pn Huszaima Binti Mat Hassan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai Unit Bakat Murid. Turut hadir Pn Rosnani Binti Abdullah Zawawi Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
KOTA BHARU, 18 September 2022 - Telah berlangsung Liga Tunas Malaysia (Malaysian Little League - MiLL) Peringkat Daerah Kota Bharu Selatan bagi Kategori Bawah 12 Tahun 8 pasukan dan Kategori Bawah 16 Tahun 8 pasukan. Kejohanan ini diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 2. Sekolah yang terlibat merupakan sekolah yang telah menduduki 8 tangga terbaik (Setiap Kategori) MSSD di Daerah Kota Bharu yang telah terpilih.
Objektif MiLL memastikan kesinambungan bakat baru buat arena bola sepak Negara termasuklah menerusi penganjuran program pencarian bakat baharu diperingkat akar umbi. Kejohanan ini akan berlangsung selama 2 hari bermula 14-15 September 2022 bagi Peringkat Kota Bharu Utara.
Hadir sama Encik Mohd Farid bin Midin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, Unit Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu. Turut hadir Puan Siti Hassiah binti Hj. Hussin Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
KOTA BHARU, 18 September 2022 - Telah berakhir Kejohanan Liga Tunas Malaysia (Malaysian Little League - MiLL) Peringkat Daerah Kota Bharu Utara 2022 bagi kategori Bawah 12 Tahun (8 pasukan) dan Kategori Bawah 16 Tahun (8 pasukan). Kejohanan ini diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 2.
Matlamat pelaksanaan MiLL adalah bagi memastikan kesinambungan bakat baru buat arena bola sepak Negara termasuklah menerusi penganjuran program pencarian bakat baharu di peringkat akar umbi. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari bermula 12-13 September 2022 bagi Peringkat Kota Bharu Utara. Johan bagi Peringkat Kota Bharu Utara (KBU) bagi kategori bawah 12 Tahun telah di juarai oleh SK Sabak, juara membawa pulang hadiah RM 1,000.00 dan medal manakala Naib Juara telah dimenangi oleh SK Dato' Hashim 2, telah membawa pulang hadiah RM 700.00 dan medal serta tempat ketiga bersama telah di menangi oleh SK Che Latiff dan SK Kubang Kerian 3 yang telah membawa pulang hadiah RM 300.00 beserta medal.
Manakala bagi kategori Bawah 16 Tahun pula pasukan SMK Kedai Buluh telah dinobatkan juara dan membawa pulang RM1,000.00 beserta medal manakala Naib juara telah di menangi oleh pasukan SMK Kemumin membawa pulang hadiah RM 700.00 beserta medal dan tempat ketiga bersama telah di menangi oleh pasukan SMK Kota Bharu dan SMK pengkalan Chepa, menerima hadiah RM300.00 beserta medal. Bagi pasukan yang tidak berjaya turut membawa pulang hadiah hamper sebagai tanda penghargaan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Yusran bin Yaakob, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu dan Puan Naziah binti Dollah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Turut hadir Puan Siti Hassiah binti Hj. Hussin Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu serta Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pembantu Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
KELANTAN, 18 SEPTEMBER 2022 - Telah berlangsung Pertandingan Paintball Gempur Perwira sempena Program Semarak Merdeka Politeknik Kota Bharu 2022 anjuran Sekretariat Rakan Muda Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Kelab Paintball Gerak Gempur Wira bertempat di Politeknik Kota Bharu.
Pertandingan ini telah disertai oleh 16 buah pasukan daripada kalangan pelajar Politeknik Kota Bharu dan kakitangan JBSN Kelantan. Pasukan JBSN Kelantan telah berjaya memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan kali ini..
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir Tuan Haji Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
KELANTAN, 18 SEPTEMBER 2022 - Telah berlangsung Klinik Asas Pembangunan Sukan Footgolf Peringkat Negeri Kelantan 2022 bertempat di Kelantan Golf and Country Club, Pengkalan Chepa melibatkan 35 orang peserta dari seluruh Negeri Kelantan.
Antara objektif pelaksanaan klinik pembangunan sukan footgolf ini adalah untuk memberi pendedahan dan teknik kemahiran asas sukan footgolf yang betul kepada masyarakat disamping menjalinkan "smart partnership dengan Persatuan Footgolf Malaysia mengenalpasti bakat-bakat baru yang boleh diperkenalkan di peringkat tertinggi.
Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSNK dan Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah JBSNK.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan